Sunday, September 2, 2012

Love and respect your parents

Mari kita sama-sama fikirkan..dan mengambil iktibar daripadanya..InsyaAllah..


 Alhamdulillah..insyaAllah, siapa yang baca post nih, saya harap dah tengok video kat atas nih..Kita semua manusia biasa, kadang-kadang terlupa..jadi, apalah salahnya, kita ambil masa sepuluh minit nih untuk kita mengucapkan syukur pada Allah s.w.t kerana menganugerahkan kita ibubapa yang sangat2 menyayangi kita..Dan sebagai anak, kita haruslah menghormati kedua ibubapa kita dan menjadi yang terbaik untuk mereka..Untuk menjadi yang terbaik untuk kedua ibubapa kita, kita hendaklah terlebih dahulu menjadi hamba Allah s.w.t. yang terbaikk..insyaAllah..Sentiasalah mendoakan kedua ibubapa kita, semoga kita sentiasa bersama dengan mereka hingga ke Jannah, insyaAllah..Peringatan ini saya harap dapat kita simpan dan praktikkan bersama-sama..ianya bukan sahaja saya tujukan untuk semua pembaca tetapi juga untuk diri saya yang banyak khilafnya..Semoga kita semua diberkati oleh Allah,insyaAllah,aminn..(^_^)

Saturday, April 21, 2012

Kini aku adalah dia (part 2)


Kini dia..
Bukan lagi orang yang sama..
Syahadah penuh makna baginya..
Kini hanya Allah,
Dalam fikirannya..
Dalam hatinya..
Dalam hidupnya..
Sunnah Rasulullah,
Menjadi ikutannya,
Al-Quran pula,
Menjadi panduan dan pedoman baginya..
Rukun Iman,
Rukun Islam,
Menjadi pegangannya..
Ibu bapa,
Dilayan dengan kasih sayang dan rasa hormat..
Sahabat,
Jadi mereka yang sama-sama memperjuangkan Islam..
Juga sama-sama mengejar syurga Allah..
Mencari rahmat dan barakahNya..
Kini dia,
Pasti Allah adalah segalanya,
Pencipta alam semesta,
Dia kini,
Adalah aku,
Hamba kerdil yang hina,
Yang mencari redha Dia di atas sana,
Yang dahagakan pahala..
Yang hanya inginkan cinta..
Cinta DIA..

P/s: mari kita semua senyum pada hari ini..:)

Wassalam.
(^_^)